KESAN-KESAN
KEMASUKAN PENDATANG ASING TANPA IZIN KEPADA NEGARA
Ekonomi
Malaysia kebelakangan ini berkembang dengan pesat. Projek pembangunanraksasa berjalan dengan lancar. Sebagai
hasilnya, wujudlah peluang pekerjaan yang meluas dan timbul masalah kekurangan
tenaga kerja. Jadi, Malaysia kini menjadi tumpuan pendatang asing yang ingin
mencari rezeki lumayan. Namun kemasukan pendatang asing tanpa izin yang banyak
telah menimbulkan pelbagai masalah.
Masalah utama ialah kesulitan yang dihadapi oleh kerajaan
untuk membanteras kemasukan pendatang asing tanpa izin ini. Pihak polis,
tentera, dan Jabatan Imigresen terpaksa bekerja keras untuk memberkas mereka.
Mereka ditahan dan ditempatkan di kern tahanan sementara. Kedutaan asing pula
kurang bekerjasama. Kedutaan asing enggan mengeluarkan dokumen perjalanan
sementara kepada rakyatnya supaya mereka dapat dihantar balik. Kedutaan asing
juga enggan membiayai kos penghantaran pulang. Hal ini menyebabkan banyak tenaga,
wang, dan masa kerajaan terbazir dalam usaha mencegah kemasukan pendatang tanpa
izin.

Keselamatan sosial kita juga terancam. Ada antara pendatang
asing tanpa izin ini merupakan penjenayah yang dikehendaki oleh pihak berkuasa
di negara asal mereka. Mereka melarikan diri ke Malaysia supaya terlepas
daripada serbuan pihak berkuasa negara asal mereka. Malangnya, mereka terns
melakukan jenayah di Bini. Kes-kes rompakan, pembunuhan, dan rogol sering
berlaku. Mangsa akan menanggung trauma sepanjang masa. Malahan sesetengah taman
perumahan dimasuki pencuri setiap mal am buat satu tempoh yang panjang. Hal ini
menyebabkan penduduk tempatan hidup dalam ketakutan. Kes-kes penjenayah warga
Indonesia ditembak mati dalam serbuan polis bukanlah kes yang luar biasa lagi.
Malah tentera kita terpaksa dikerah ke Semporna, Sabah, untuk menghadapi lanun
Filipina yang menggunakan senjata canggih untuk melakukan rompakan pada siang
hari.
Penyakit-penyakit berbahaya juga akan merebak dengan meluas.
Buruh asing yang sah akan dikenakan pemeriksaan kesihatan. Sebaliknya,
pendatang asing tanpa izin tidak berbuat demikian. Banyak antara mereka berasal
dari kawasan mundur di negara asal mereka. Kesihatan mereka kurang terjamin.
Ada antara mereka menghidap AIDS, tibi, penyakit kelamin, dan sebagainya.
Akibatnya, rakyat kita menjadi mangsa. Statistik telah menunjukkan bilangan
rakyat yang menghidap penyakit tibi meningkat semula. Banyak pendatang asing
tanpa izin juga disahkan sebagai pembawa kuman HIV dan hepatitis. Hubungan
mereka secara seksual dengan pelacur tempatan akan mempercepat jangkitan AIDS.
Kedatangan pendatang asing, khususnya yang tanpa izin, juga
mendatangkan masalah perumahan. Mereka akan mendirikan kawasan perumahan secara
haram. Sesetengah kumpulan pendatang asing ini pula membuka kawasan hutan
sebagai kawasan perumahan mereka. Kawasan setinggan ini tidak teratur dan
kekurangan kemudahan asas, seperti sistem pembuangan sampah dan air kumbahan.
Oleh itu, pencemaran alam sekitar akan berlaku. Selain itu, pembangunan negara
pada mas a akan datang juga terbantut kerana kemunculan setinggan ini. Imej
negara kita juga terjejas kerana ini menggambarkan kelemahan pentadbiran
kerajaan serta pengagihan ekonomi yang tidak seimbang. Terdapat juga kawasan
perkampungan haram yang mewah, lengkap dengan bekalan elektrik, dan air.
Hak rakyat kita juga sedikit sebanyak terjejas. Pihak
majikan lebih suka mengupah pendatang asing tanpa izin dalam sektor
perladangan, pembinaan, dan pembantu rumah kerana gaji mereka jauh lebih murah.
Hal ini pasti menjejaskan peluang pekerjaan rakyat kita sungguhpun bukan semua
rakyat kita berminat dalam bidang pekerjaan ini. Selain itu, banyak antara
mereka melibatkan diri dalam perniagaan, misalnya membuka gerai makanan,
menjual barang kemas, lampu hiasan, batik dan sebagainya. Malah ada antara
mereka yang menjadi kaya-raya, berumah besar tanpa membayar cukai pendapatan.
Pada ketika nilai wang kita jatuh dengan teruknya, peluang pekerjaan rakyat
semakin sempit. Hal ini memang tidak adil kepada rakyat kita.
Kita memerlukan tenaga asing dalam pembangunan negara. Namun
kehadiran mereka, terutamanya golongan tanpa izin, juga menimbulkan masalah.
Kerajaan perlu menangani masalah ini dengan serius supaya rakyat kita tidak
menjadi minoriti di tanah airnya sendiri.
ini ramalan stpm penggal 2 ka cikgu.....!!!!????
ReplyDeleteKontol ni copy dari site lain ni
ReplyDeletelol
Delete😈😍💞
Delete