3.10.12

GERAK GEMPUR 2 STPM BAHARU (B)

Bahagian B:

1. Berikan empat peranan sesebuah kerajaan
a) menentukan arah tadbir urus negara demi keamanan, kesejahteraan warganegara
b) menyediakan kemudahan ekonomi
c) menyediakan pelbagai perkhidmatan
d) memastikan keamanan dan ketenteraman
e) Perlindungan alam sekitar
f) penyediaan kemudahan asas
g) memastikan kestabilan ekonomi

2. Berikan tiga kelayakan yang membolehkan seseorang mendaftar sebagai pemilih dalam pilihan raya
a) warganegara Malaysia
b) berumur tidak kurang drp 21 tahun pd tarikh kelayakan
c) seorg penduduk di mana-mana bahagian pilihan raya di Malaysia
d) tidak hilang kelayakan

3. Setiap warganegara Malaysia boleh kehilangan taraf kewarganegaraan disebabkan oleh dua keadaan spt yg diperuntukan oleh Perlembagaan. Nyatakan dua cara tersebut.
a) Penolakan
seseorg warganegara yg berumur 21 tahun atau lebih dan sempurna akal dan juga adalah warganegara bagi suatu negeri lain atau yg hendak menjadi warganegara negeri lain menolak warganegara Malaysia

b) Pelucutan
seseorg tlh menjadi warganegara asing / menderhaka terhadap kerajaan semasa peperangan / membuktikan dia tidak setia kpd negara sama ada melalui percakapan atau tindakan yg boleh mencemar keselamatan dan kedaulatan negara

4. Berikan 4 tugas Majlis Raja-Raja
a) memlilih YDPA dan Timbalan YDPA
b) setuju / tidak supaya apa-apa perbuatan, amalan @ upacara agama meliputi persekutuan
c) membuat atau memberi nasihat mengenai pelantikan yg perlukan persetujuan MRR
d) melantik angota Mahkamah Khas (Perkara 182)
e) meringankan / mengampunkan kesalahan (Perkara 42)
f) menimbangkan soal-soal mengenai dasar negara

0 comments:

Post a Comment

MAJLIS RESTU ILMU STPM

Majlis Restu Ilmu Sekolah Tinggi Kluang Slideshow: Pok’s trip to Kluang was created with TripAdvisor TripWow!