22.9.12

LATIHAN 1 : Sistem Penyampaian Perkhidmatan

SOALAN : Dalam usaha meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan, kebanyakan agensi kerajaan telah menyediakan laman web dan perkhidmatan dalam talian kepada orang ramai. Bincangkan kebaikan perkhidmatan tersebut dan masalah yang mungkin dihadapi oleh pelanggan semasa menggunakannya.


14 comments:

  1. Kebaikan:

    1. Cekap / tepat /cepat / selamat
    a) mempercepatkan sistem penerangan dan penyampaian kerajaan,
    b) urusan dapat dijalankan dengan cepat
    c) masalah yang berpunca daripada "karenah manusia" dapat dihindari
    d) kurang berlaku kesilapan dalam pengiraan data

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Sya trtanya ii apa tu sistem penyampaian perkhidmatan,,,dan contoh sistem tu,,,

      Delete
  2. 2. Penjimatan kos
    a) menjimatkan kos, sama ada bagi pihak kerajaan ataupun orang ramai. Orang ramai tidak perlu pergi ke pejabat-pejabat kerajaan untuk sesuatu urusan.
    b) Kerajaan pula dapat berjimat dari segi kos pentadbiran kerana tidak upah ramai pekerja serta segala iklan disiarkan dalam laman web

    ReplyDelete
  3. 3. Elak ditipu
    Mengurangkan kes penipuan yang dilakukan oleh pihak ketiga yang mengambil kesempatan daripada kekurangan atau kelemahan orang ramai

    ReplyDelete
  4. 4. Celik ICT
    MEmbantu meningkatkan tahap celik ICT dalam kalangan orang ramai. Untuk berurusan secara online, seseorang harus memiliki kemahiran asas ICT

    ReplyDelete
  5. 5. Memudahkan urusan
    Boleh diakses bila-bila masa dan di mana-mana. Carian maklumat menjadi lebih mudah dan cepat

    ReplyDelete
  6. NOTA / PERHATIAN :
    1. Laman web / dalam talian utk agensi kerajaan sahaja
    2. Perlu / wajib tulis agensi kerajaan - kalau tiada ... markah 01
    3. Jika tulis agensi kerajaan tetapi contoh diberi ialah www.maybank2u.com - markah utk idea sahaja
    4. bukan telefon - hanya melalui internet

    ReplyDelete
  7. MASALAH :
    1. Gangguan perkhidmatan
    a)Perkhidmatan akan terganggu apabila berlaku gangguan elektrik atau gangguan pada server. Sistem akan tergendala, malah mungkin musnah jika berlaku serangan virus atau penggodaman oleh pihak yang tidak bertanggungjawab
    b)Talian sibuk yg menyebabkan berlakunya gangguan perkhidmatan

    (tidak diterima : jenayah siber, tipu dan teknikal)

    ReplyDelete
  8. 2. Kurang kemahiran ICT
    Masih ramai org belum menguasai kemahiran menggunakan internet

    3. Maklumat tidak kemas kini
    Terdapat juga agensi kerajaan yg tidak mengemas kini segala maklumat yg terdapat dlm talian. Keadaan ini akan menyukarkan pengguna utk mendapatkan maklumat sebenar dan terkini tentang agensi tersebut

    ReplyDelete
  9. 4. Kurang kemampuan kewangan
    Masih ramai yg tidak mampu memiliki perkakasan komputer

    5. Kemudahan akses tidak menyeluruh
    Di sesetengah kawasan, terutamanya di desa, kemudahan utk mengakses internet masih belum ada; kalau ada pun, gangguan kerap berlaku

    ReplyDelete
  10. Kalau isi untuk langkah2 untuk meningkatkan kecekapan sistem penyampaian dlm perkhidmatan awam...boleh jelaskan cikgu??

    ReplyDelete
  11. bagaimana kalau kesan kelemahan sistem penyampaian khidmat awam ?

    ReplyDelete

MAJLIS RESTU ILMU STPM

Majlis Restu Ilmu Sekolah Tinggi Kluang Slideshow: Pok’s trip to Kluang was created with TripAdvisor TripWow!